Pages

Sunday 1 February 2009

Sekolah Kurang Murid

Sepanjang pengalaman persekolahan aku, aku tidak pernah melihat bilangan murid yang sebegini sedikit di Semenanjung sana. Namun, perkara ini menjadi kebiasaan bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Dengan prasarana sekolah yang agak sedikit uzur, sekolah ini beroperasi dengan serba kekurangan. Dengan bilangan murid kurang daripada 40 orang satu sekolah, dan purata bilangan murid dalam sekelas seramai 5-6 orang. Agak janggal pada awalnya, namun ada sedikit keselesaan dari segi pengawalan kelas dan juga bebanan kerja. Semoga dipermudahkan tugasanku di sini.




Saturday 10 January 2009

Guru Di Pedalaman

Pertama kali aku menjejak kaki ke tanah Borneo ini. Suasana di sini amat berbeza sekali berbanding di tanah besar sana. Sungguh jauh perbezaan taraf hidup rakyat di sini. Dan sesuatu yang baru dan mencabar di depanku. Pasrah dengan takdir rezekiku, kuatkan semangat dan tabahkan hati serta tawakal kepada ALLAH swt. Dia maha besar, maha mengetahui dan maha berkuasa di sekian alam ini.
Jalan menuju ke sekolah



Gambar sekolah dari pandangan rumah.


Thursday 8 January 2009

Hari pertama

Hari pertama persekolahanku sebagai seorang guru. Sungguh berbeza suasana persekolahan yang telah aku lalui sebelum ini. Namun inilah takdirku, harus kuatkan semangat untuk teruskan dihadapan ini.

Aku ditugaskan untuk mengajar kelas Tahun 1 dan Tahun 3. Dengan bilangn murid yang cukup sedikit, pengalaman baru akan muncul. 




Wednesday 7 January 2009

To Long Lama

Perjalanan aku bersambung lagi hari ini ke Long Lama, sebuah pekan kecil. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 4 jam. Apa yang menariknya adalah muatan express yang membuatkan aku rasa gementar untuk menggunakannnya. Namun semangatku kuatkan untuk merempuh sungai Baram yang cukup terkenal ini. Maka aku berpeluang lagi untuk melihat aksi santai buaya buaya di sepanjang sungai ini.



Setelah sampai di Long Lama, perjalananku diteruskan lagi. Dengan menaiki pacuan empat roda, maka aku merasai pengalaman melalui jalan yang tidak berturap. Dengan keadaan cuaca hujan, jalan agak becak dan licin. Perjalanan agak perlahan dan mengambil masa 1jam setengah. Akhirnya sampailah aku di rumah kuarters yang disediakan.

Tuesday 6 January 2009

Express

Kalo sebelum ini, Express lebih sinonim dengan bas sahaja. Namun selepas sampai di Sarawak ini, pengakutan pun menggunakan Express. Agak berdebar untuk menggunakan pengauktan ini, namun aku tabahkan sahaja dan dengan sokongan rakan-rakan lain maka kebimbingan itu tidaklah terasa. Destinasiku adalah pekan Marudi yang dijangka mengambil masa 3jam dari Pengkalan Kuala Baram.
 
Sampai di Marudi, perjalanan diteruskan untuk keesokannya ke destinasi yang ditujui. Sungguh terkejut melihat buaya-buaya bersantai ditepi sungai sana dan mula terbayang jika sesuatu yang tidak diingini berlaku jika express ini menghadapi masalah. Namun alhakdulillah semuanya berjalan lancar dengan selamatnya.

Monday 5 January 2009

Selamat Tinggal Kampung Halaman


5 Januari 2009 berlepaslah aku meninggalkan keluarga tersayang dan juga kampung halaman. Destinasi yang dituju adalah Sarawak. Inilah pertama kali aku sampai ke bumi Borneo ni yang menjanjikan seribu cabaran sebagai seorang pendidik. Terima kasih kepada keluarga diatas sokongan untuk aku serta doa-doa kalian amat-amatlah aku hargai. Semoga Allah melindungi aku dar segala malapetak dan juga memberkati rezekiku. Aku berserah nasibku kepadaMu.