Pages

Tuesday 4 September 2012

UPSR 5 Hari Lagi!!

Minggu ini merupakan minggu paling sibuk buat guru-guru yang mengajar tahun 6. Kerana minggu depan adalah minggu peperiksaan UPSR. Jadi masa yang ada ini, sudah pasti segala ilmu akan dicurahkan ke tahap yang maksimum. Segala usaha selama ini akan dinilai setelah keluar keputusan yang dijangka pada bulan November nanti. Dan aku turut sama berada di situasi ini. Tahun in adalah tahun ke dua aku mengajar tahun 6. Dan seperti tahun lepas aku mengajar Matematik. Tahun lepas, aku cuma mengajar 4 orang murid sahaja(haha rezeki mengajar pedalaman, dapat murid sedikit). Dan apabila keputusan diumumkan pada tahun lepas, aku amat gembira dengan kejutan yang diberikan oleh muridku. Alhamdulillah suatu rekod yang mustahil untuk aku leburkan pada masa akan datang. Pada tahun ini, aku masih berharap ianya akan berulang lagi. Tetapi aku tidaklah meletak harapan terlalu tinggi. Jika berjaya mencapai sasaran sekolah sudah dikira bagus. Akan tetapi aku biasanya meletakkan sasaran peribadi sendiri. Seperti tahun lepas, bila sasaran peribadi aku tercapai, hanya senyuman gembira sahaja yang aku dapat berikan. Walaupun dalam hati sudah anda lonjakan kegembiraan dan kepuasan yang tidak ternilai harganya. Jadi tahun ini, aku doakan mereka dapat mengikut jejak senior mereka tahun lepas. Dan jika mereka berjaya mengatasi keputusan senior mereka, mereka sudah membuat suatu yang terbaik dan berjaya mencipta satu rekod untuk sekolah. SEMOGA BERJAYA ANAK2 DIDIKKU...

No comments:

Post a Comment