Pages

Friday 10 August 2012

16,17 Ogos 2012 Cuti Berganti


Pada pandangan kasarnya, pemberian cuti ini amatlah bermakna buat para pendidik dan juga anak-anak yang bersekolah bagi membuat persiapan syawal ini. Bukannya apa, kalu diperbuat perkiraan, hari terakhi persekolahan jatuh pada 17 Ogos, maka berpusu-pusulah warga kota pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan. Maka keputusan bijak jemaah menteri ini cukup-cukup ditagih. Namun begitu adakah ianya cukup bijak diumumkan 2 minggu sebelum perayaan? Ingatlah pendidik ini bukan hanya bekerja di semenanjung sana sahaja. Guru-guru Sarawak dan Sabah juga ramai yang berasal dari Semenanjung sana. Tidak salah memberi cuti, buatlah perancangan yang awal dan teratur agar warga pendidik yang jauh ni boleh membuat susun atur jadual terutamanya yang menggunakan kapal terbang. Tiket kapal terbang bukannya boleh diganti senang-senang seperti tiket bas. Dan kosnya berlipat kali ganda berbanding tiket bas. Fikirkan juga cikgu-cikgu yang ada di pedalaman sana. Perjalanan keluar ke lapangan terbang sudah mengambil masa 1 hari. Jadi pergi balik sudah hilang 2 hari cuti. Bayangkan bagi guru guru dari pantai timur dan utara, mereka terpaksa menggunakan 2 hala perjalanan pulang dan 2 hala perjalanan kembali, sudah tentu kos dan masa banyak dikorbankan. Hal ini bukan pertama kali terjadi, bahkan berulang kali sudah terjadi. Pada aku bukan sesuatu yang istimewa pelepasan dua hari ni. Ini lebih kepada kerja last minit yang menyusahkan golongan pendidik di pedalaman ini. Bukan niat aku nk memperlekehkan pemberian ini, sekadar luahan hati sebagai pendidik yang jarang-jarang dapat bertentang mata bersama keluarga. KPM dan jemaah menteri haruslah LEBIH CERDIK dari guru-guru kerana mereka yang mencorak sistem pendidikan. Perayaan Aidilfitri adalah perayaan terbesar di negara ini sepatutnya perkara ini tidak harus berlaku. Menjadi kehairanan apabila Hari Raya Haji dan Hari Raya Cina sudah awal-awal diberi pelepasan. Kenapa Aidilfitri di beri last2 minit. Semoga perkara ini tidak berulang lagi. 

No comments:

Post a Comment