Pages

Monday 10 September 2012

UPSR 2012

Salam.....arini bangun pagi2 sebelum subuh tergerak hati aku nk upadate blog. Harini ini adalah hari pertama peperiksaan UPSR bagi tahun 2012. Dimana murid akan menghadapi ujian BM pemahaman, BM penulisan dan MT kertas 2. Untuk tgk jadual peperiksaan klik di sini. Semoga semua murid-murid hadapi peperiksaan ini dengan tenang.

Tuesday 4 September 2012

UPSR 5 Hari Lagi!!

Minggu ini merupakan minggu paling sibuk buat guru-guru yang mengajar tahun 6. Kerana minggu depan adalah minggu peperiksaan UPSR. Jadi masa yang ada ini, sudah pasti segala ilmu akan dicurahkan ke tahap yang maksimum. Segala usaha selama ini akan dinilai setelah keluar keputusan yang dijangka pada bulan November nanti. Dan aku turut sama berada di situasi ini. Tahun in adalah tahun ke dua aku mengajar tahun 6. Dan seperti tahun lepas aku mengajar Matematik. Tahun lepas, aku cuma mengajar 4 orang murid sahaja(haha rezeki mengajar pedalaman, dapat murid sedikit). Dan apabila keputusan diumumkan pada tahun lepas, aku amat gembira dengan kejutan yang diberikan oleh muridku. Alhamdulillah suatu rekod yang mustahil untuk aku leburkan pada masa akan datang. Pada tahun ini, aku masih berharap ianya akan berulang lagi. Tetapi aku tidaklah meletak harapan terlalu tinggi. Jika berjaya mencapai sasaran sekolah sudah dikira bagus. Akan tetapi aku biasanya meletakkan sasaran peribadi sendiri. Seperti tahun lepas, bila sasaran peribadi aku tercapai, hanya senyuman gembira sahaja yang aku dapat berikan. Walaupun dalam hati sudah anda lonjakan kegembiraan dan kepuasan yang tidak ternilai harganya. Jadi tahun ini, aku doakan mereka dapat mengikut jejak senior mereka tahun lepas. Dan jika mereka berjaya mengatasi keputusan senior mereka, mereka sudah membuat suatu yang terbaik dan berjaya mencipta satu rekod untuk sekolah. SEMOGA BERJAYA ANAK2 DIDIKKU...

Saturday 1 September 2012

EGTUKAR

Salam....

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Sekarang ini sudah tentu para guru sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi menghadapi ujian UPSR. Tetapi, dalam masa yang sama juga, bagi guru yang berhajat untuk berpindah, permohonan online bagi pertukaran sesi Januari 2013 sudah dibuka. Tempoh yang diberikan daripada 1 September 2012 hingga 30 September 2012.
Untuk link sila klik di sini. Anda digalakkan untuk menggunakan Microsoft Internet Explorer untuk membukanya. Bagi yang ingin memohon, aku doakan permohonan anda berjaya. Dan jangan melenting jika ketika sedang mengisi permohonan, bila mahu tekan hantar tiba-tiba terpapar "internal server error". Cuba isi balik dengan sabar kerana perkara ini sudah biasa terjadi. Ini disebabkan server KPM masih lagi belum mantap sepenuhnya. Dan pada pengamatan aku, line traffic akan kurang pada waktu malam. Jadi cubalah isinya pada waktu tersebut.