Pages

Sunday 12 August 2012

24 Ramadhan 1433H



Hari ini hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadat puasa. Terasa sekejap sahaj masa berlalu, Ramadhan 1433H bakal meninggalkan kita. Syawal bakal menjemput semua bagi meraikan kemenangan menunaikan kewajipan ini. Bagi pendidik  seperti aku yang merantau orang, adalah sesuatu yang menyentuh perasaan apabila raya semakin menghampiri. Walaupun dengan beberapa keputusan yang agak mengecewakan dari beberapa pihak, tugasan harus diteruskan. Terbayang wajah ibu, ayah, isteri yang tercinta di mata yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Puasa tahun ini meupakah tempoh berpuasa paling lama di rantau orang. Amat ketara perbezaan suasana puasa di rantau orang berbanding kampung halaman sendiri.

No comments:

Post a Comment