Pages

Saturday 1 September 2012

EGTUKAR

Salam....

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Sekarang ini sudah tentu para guru sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi menghadapi ujian UPSR. Tetapi, dalam masa yang sama juga, bagi guru yang berhajat untuk berpindah, permohonan online bagi pertukaran sesi Januari 2013 sudah dibuka. Tempoh yang diberikan daripada 1 September 2012 hingga 30 September 2012.
Untuk link sila klik di sini. Anda digalakkan untuk menggunakan Microsoft Internet Explorer untuk membukanya. Bagi yang ingin memohon, aku doakan permohonan anda berjaya. Dan jangan melenting jika ketika sedang mengisi permohonan, bila mahu tekan hantar tiba-tiba terpapar "internal server error". Cuba isi balik dengan sabar kerana perkara ini sudah biasa terjadi. Ini disebabkan server KPM masih lagi belum mantap sepenuhnya. Dan pada pengamatan aku, line traffic akan kurang pada waktu malam. Jadi cubalah isinya pada waktu tersebut.

No comments:

Post a Comment