Pages

Monday 10 September 2012

UPSR 2012

Salam.....arini bangun pagi2 sebelum subuh tergerak hati aku nk upadate blog. Harini ini adalah hari pertama peperiksaan UPSR bagi tahun 2012. Dimana murid akan menghadapi ujian BM pemahaman, BM penulisan dan MT kertas 2. Untuk tgk jadual peperiksaan klik di sini. Semoga semua murid-murid hadapi peperiksaan ini dengan tenang.

Tuesday 4 September 2012

UPSR 5 Hari Lagi!!

Minggu ini merupakan minggu paling sibuk buat guru-guru yang mengajar tahun 6. Kerana minggu depan adalah minggu peperiksaan UPSR. Jadi masa yang ada ini, sudah pasti segala ilmu akan dicurahkan ke tahap yang maksimum. Segala usaha selama ini akan dinilai setelah keluar keputusan yang dijangka pada bulan November nanti. Dan aku turut sama berada di situasi ini. Tahun in adalah tahun ke dua aku mengajar tahun 6. Dan seperti tahun lepas aku mengajar Matematik. Tahun lepas, aku cuma mengajar 4 orang murid sahaja(haha rezeki mengajar pedalaman, dapat murid sedikit). Dan apabila keputusan diumumkan pada tahun lepas, aku amat gembira dengan kejutan yang diberikan oleh muridku. Alhamdulillah suatu rekod yang mustahil untuk aku leburkan pada masa akan datang. Pada tahun ini, aku masih berharap ianya akan berulang lagi. Tetapi aku tidaklah meletak harapan terlalu tinggi. Jika berjaya mencapai sasaran sekolah sudah dikira bagus. Akan tetapi aku biasanya meletakkan sasaran peribadi sendiri. Seperti tahun lepas, bila sasaran peribadi aku tercapai, hanya senyuman gembira sahaja yang aku dapat berikan. Walaupun dalam hati sudah anda lonjakan kegembiraan dan kepuasan yang tidak ternilai harganya. Jadi tahun ini, aku doakan mereka dapat mengikut jejak senior mereka tahun lepas. Dan jika mereka berjaya mengatasi keputusan senior mereka, mereka sudah membuat suatu yang terbaik dan berjaya mencipta satu rekod untuk sekolah. SEMOGA BERJAYA ANAK2 DIDIKKU...

Saturday 1 September 2012

EGTUKAR

Salam....

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Sekarang ini sudah tentu para guru sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi menghadapi ujian UPSR. Tetapi, dalam masa yang sama juga, bagi guru yang berhajat untuk berpindah, permohonan online bagi pertukaran sesi Januari 2013 sudah dibuka. Tempoh yang diberikan daripada 1 September 2012 hingga 30 September 2012.
Untuk link sila klik di sini. Anda digalakkan untuk menggunakan Microsoft Internet Explorer untuk membukanya. Bagi yang ingin memohon, aku doakan permohonan anda berjaya. Dan jangan melenting jika ketika sedang mengisi permohonan, bila mahu tekan hantar tiba-tiba terpapar "internal server error". Cuba isi balik dengan sabar kerana perkara ini sudah biasa terjadi. Ini disebabkan server KPM masih lagi belum mantap sepenuhnya. Dan pada pengamatan aku, line traffic akan kurang pada waktu malam. Jadi cubalah isinya pada waktu tersebut.

Sunday 12 August 2012

24 Ramadhan 1433H



Hari ini hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadat puasa. Terasa sekejap sahaj masa berlalu, Ramadhan 1433H bakal meninggalkan kita. Syawal bakal menjemput semua bagi meraikan kemenangan menunaikan kewajipan ini. Bagi pendidik  seperti aku yang merantau orang, adalah sesuatu yang menyentuh perasaan apabila raya semakin menghampiri. Walaupun dengan beberapa keputusan yang agak mengecewakan dari beberapa pihak, tugasan harus diteruskan. Terbayang wajah ibu, ayah, isteri yang tercinta di mata yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Puasa tahun ini meupakah tempoh berpuasa paling lama di rantau orang. Amat ketara perbezaan suasana puasa di rantau orang berbanding kampung halaman sendiri.

Friday 10 August 2012

16,17 Ogos 2012 Cuti Berganti


Pada pandangan kasarnya, pemberian cuti ini amatlah bermakna buat para pendidik dan juga anak-anak yang bersekolah bagi membuat persiapan syawal ini. Bukannya apa, kalu diperbuat perkiraan, hari terakhi persekolahan jatuh pada 17 Ogos, maka berpusu-pusulah warga kota pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan. Maka keputusan bijak jemaah menteri ini cukup-cukup ditagih. Namun begitu adakah ianya cukup bijak diumumkan 2 minggu sebelum perayaan? Ingatlah pendidik ini bukan hanya bekerja di semenanjung sana sahaja. Guru-guru Sarawak dan Sabah juga ramai yang berasal dari Semenanjung sana. Tidak salah memberi cuti, buatlah perancangan yang awal dan teratur agar warga pendidik yang jauh ni boleh membuat susun atur jadual terutamanya yang menggunakan kapal terbang. Tiket kapal terbang bukannya boleh diganti senang-senang seperti tiket bas. Dan kosnya berlipat kali ganda berbanding tiket bas. Fikirkan juga cikgu-cikgu yang ada di pedalaman sana. Perjalanan keluar ke lapangan terbang sudah mengambil masa 1 hari. Jadi pergi balik sudah hilang 2 hari cuti. Bayangkan bagi guru guru dari pantai timur dan utara, mereka terpaksa menggunakan 2 hala perjalanan pulang dan 2 hala perjalanan kembali, sudah tentu kos dan masa banyak dikorbankan. Hal ini bukan pertama kali terjadi, bahkan berulang kali sudah terjadi. Pada aku bukan sesuatu yang istimewa pelepasan dua hari ni. Ini lebih kepada kerja last minit yang menyusahkan golongan pendidik di pedalaman ini. Bukan niat aku nk memperlekehkan pemberian ini, sekadar luahan hati sebagai pendidik yang jarang-jarang dapat bertentang mata bersama keluarga. KPM dan jemaah menteri haruslah LEBIH CERDIK dari guru-guru kerana mereka yang mencorak sistem pendidikan. Perayaan Aidilfitri adalah perayaan terbesar di negara ini sepatutnya perkara ini tidak harus berlaku. Menjadi kehairanan apabila Hari Raya Haji dan Hari Raya Cina sudah awal-awal diberi pelepasan. Kenapa Aidilfitri di beri last2 minit. Semoga perkara ini tidak berulang lagi. 

Wednesday 1 August 2012

E-Operasi

Terkini sistem E-Operasi telah dibuka. Pengemaskinian data bolehlah dilakukan sebelum ianya ditutup pada 31 Ogos 2012 nanti. Bagi yang pernah mendaftar, anda harus menggunakan maklumat yang sama. Jika terlupa hubungila JPN negeri dengan segera.
Untuk link klik di sini

Wednesday 18 July 2012

Program Jalin Ilmu

Syukur kehadarat Ilahai, baru-baru ini program jalin ilmu anjuran SK Long Laput telah selesai berjalan dengan selamat. Pertama sekali menjejaki kaki kesana melihat persekitaran yang sedikit berlainan dengan sekolah aku. Seramai 7 orang murid telah dibawa untuk menimba ilmu disana. Secara keseluruhannya program ini berjaya berlangsung dengan jayanya. Ucapan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam program ini yang dilihat memberi impak yang berkesan kepada murid-murid tahun 6. Semoga di masa akan datang akan diteruskan lagi dengan program yang lebih mantap.